24 January 2011

Kursus JSU


Kursus JSU yang telah dikendalikan di SMK Tinggi Bkt Mertajam merupakan sekolah terakhir dalam siri kursus JSU bagi guru-guru sekolah untuk tahun 2010. Seramai 135 orang guru telah mengikuti kursus berkenaan dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Pada keseluruhannya, kerjasama dan sokongan para peserta kursus agak menggalakkan. Walau bagaimanapun tahap kefahaman dan kemahiran penggubalan soalan yang berkualiti perlu dipertingkatkan. Sikap negatif seperti 'acuh tak acuh' perlu dikikis demi masa depan anak-anak kita. Tahniah pada semua peserta kursus dan diharapkan segala input dan maklumat yang disampaikan dalam kursus ini dapat membantu para guru dalam menyediakan soalan-soalan yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment